Pages

Monday, September 20, 2010

Langkah-langkah Keselamatan di Bengkel

KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL

          Sebelum kita memasuki bengkel elektrik,perkara paling penting yang perlu diutamakan adalah keselamatan sepanjang kita menjalankan kerja-kerja elektrik di dalam bengkel elektrik. Seperti di mana-mana bengkel, bengkel elektrik juga terdedah kepada bahaya-bahaya yang tertentu dan sangat banyak di mana jika tidak dijalankan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan, dikhuatiri akan menyebabkan kita kehilangan anggota badan atau mengalami kecederaan-kecederaan yang tertentu sehingga menyebabkan penyesalan sepanjang hidup kita.

          Untuk itu, segala bentuk keselamatan perlulah diketahui dan dipelajari terlebih dahulu agar kita masih dapat meneruskan lagi hidup kita di kemudian hari dengan aman dan bahagia tanpa sesalan.


KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK
1.     Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik .
2.     Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa  membuat projek.
3.     Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama  kerana  buruk padahnya nanti.


 KESELAMATAN DIRI SENDIRI
1.       Perlindugan mata perlulah dijaga semasa  berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai  alat perlindugan mata.
2.       Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3.       Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak  getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4.       Gunakan pakaian  pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.
5.       Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang  maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6.   Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin  dan lain-lain lagi.


Monday, August 16, 2010

pengenalan

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

KONSEP-KONSEP ELEKTRIK
 Dalam penggunaan biasa, istilah elektrik dikaitkan dengan beberapa konsep biasa yang sebaik-baiknya dirujuk menggunakan istilah-istilah yang lebih tepat:

* Keupayaan elektrik (selalunya dirujuk sebagai voltan) - tenaga keupayaan per unit cas yang berkait dengan medan elektrik statik.

* Arus elektrik - pergerakan atau aliran zarah-zarah bercas elektrik.

* Medan elektrik - medan yang terdapat di sekeliling objek yang bercas.apabila terdapat objek bercas lain yang masuk ke medan ini, medan ini akan mengenakan daya ke atas objek tersebut.

* Tenaga elektrik - tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik.

* Kuasa elektrik - kadar penukaran tenaga elektrik daripada atau kepada tenaga dalam bentuk lain, seperti cahaya, haba atau tenaga mekanikal (sawat).

* Cas elektrik - sifat asas terabadi pada sesetengah zarah subatom, yang menentukan saling tindak elektromagnetnya. Jirim bercas elektrik dipengaruhi oleh, dan dapat menghasilkan medan elektrik.


SEJARAH PENEMUAN
Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.

Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (1791–1867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (1775–1836), dan Georg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola Tesla, Samuel Morse, Antonio Meucci, Thomas Edison, George Westinghouse, Werner von Siemens, Charles Steinmetz, dan Alexander Graham Bell.

UNIT-UNIT SI BG ELEKTRIK
Unit keelektromagnetan SI
Simbol Nama kuantiti Unit-unit terbitan Unit Unit-unit asas
I Arus ampere 
(Unit asas SI)
A A = W/V = C/s
q Cas elektrik, Kuantiti elektrik coulomb C A·s
V Beza keupayaan volt V J/C = kg·m2·s−3·A−1
R, Z, X Rintangan, Impedans (Galangan), Reaktans (Regangan) ohm Ω V/A = kg·m2·s−3·A−2
ρ Kerintangan ohm meter Ω·m kg·m3·s−3·A−2
P Kuasa elektrik watt W V·A = kg·m2·s−3
C Kapasitans (Kemuatan) farad F q/V = kg−1·m−2·A2·s4

Elastans (Anjalan) salingan farad F−1 V/C = kg·m2·A−2·s−4
ε Ketelusan farad per meter F/m kg−1·m−3·A2·s4
χe Kerentanan elektrik (tak berdimensi) - -
G, Y, B Konduksian (Kealiran), AdmitansRentanan (Lepasan), siemens S Ω−1 = kg−1·m−2·s3·A2
σ Kekonduksian (Keberaliran) siemens per meter S/m kg−1·m−3·s3·A2
H Medan elektrik tambahan, keamatan medan elektrik,
kekuatan medan elektrik
ampere per meter A/m A·m−1
Φm Fluks magnet weber Wb V·s = kg·m2·s−2·A−1
B Medan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet
tesla T Wb/m2 = kg·s−2·A−1

Keengganan (Reluktans) ampere-pusingan per weber A/Wb kg−1·m−2·s2·A2
L Induktans (Kearuhan) henry H Wb/A = V·s/A = kg·m2·s−2·A−2
μ Kebolehtelapan henry per meter H/m kg·m·s−2·A−2
χm Kerentanan magnet (tak berdimensi) - -