Pages

Monday, September 20, 2010

Langkah-langkah Keselamatan di Bengkel

KESELAMATAN SEMASA DALAM BENGKEL

          Sebelum kita memasuki bengkel elektrik,perkara paling penting yang perlu diutamakan adalah keselamatan sepanjang kita menjalankan kerja-kerja elektrik di dalam bengkel elektrik. Seperti di mana-mana bengkel, bengkel elektrik juga terdedah kepada bahaya-bahaya yang tertentu dan sangat banyak di mana jika tidak dijalankan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan, dikhuatiri akan menyebabkan kita kehilangan anggota badan atau mengalami kecederaan-kecederaan yang tertentu sehingga menyebabkan penyesalan sepanjang hidup kita.

          Untuk itu, segala bentuk keselamatan perlulah diketahui dan dipelajari terlebih dahulu agar kita masih dapat meneruskan lagi hidup kita di kemudian hari dengan aman dan bahagia tanpa sesalan.


KESELAMATAN SEMASA MEMBUAT PROJEK
1.     Keselamatan adalah merupakan sesuatu yang paling penting di dalam melakukan sesuatu projek yang berkaitan elektrik dan elektronik .
2.     Semasa menjalankan kerja , para pelajar hendaklah mematuhi langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan ataupun kecederaan semasa  membuat projek.
3.     Semasa menjalankan kerja juga janganlah kita bersikap cuai atau tidak bekerjasama  kerana  buruk padahnya nanti.


 KESELAMATAN DIRI SENDIRI
1.       Perlindugan mata perlulah dijaga semasa  berada di tempat merbahaya , maka kita perlulah memakai  alat perlindugan mata.
2.       Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja , iaitu lengan baju yang panjang mesti digulung hingga ke atas siku.
3.       Gunakan kasut yang tertutup dan bertapak  getah semasa bekerja di dalam bengkel.
4.       Gunakan pakaian  pelindung seperti baju bengkel, apron dan sarung tangan apabila bekerja dengan bahan kimai.
5.       Elakkan berambut panjang , jika berambut panjang  maka mestilah diikat atau disepit supaya tidak menganggu sewaktu bekerja.
6.   Elakkan dari memakai perhiasan diri yang diperbuat daripada logam seperti jam,rantai emas, loket , cincin  dan lain-lain lagi.